Saturday 28 January 2017

1.1.3 KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYU

KEDATANGAN ISLAM DITANAH MELAYU

§  Tanah melayu terletak di Asia Tenggara
§  Agama islam datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 masihi,iaitu sejak zaman rassulullah s.a.w melalui peranan pedagang islam yg berdagang ditanah melayu
§  Menurut Abdullah Ishak 1990 agama terus berkembang di nusantara pada zaman Khulafa Al’Rasyidin ,kerajaan Bani Ummayah,kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan islam yang seterusnya



TEORI DAN FAKTOR KEDATANGAN ISLAM KE ASIA TENGGARA

o   Agama islam tersebar di asia tenggara melalui peranan para pedagang islam dari Tanah Arab,India dan china
o   Islam  tersesbar di Asia Tenggara disebabkan dua faktor iaitu peranan golongan penyebar islam seperti golongan bangsawan,golongan mubaligh pedagang asing,ulama dan ahli sufi serta peranan kerajaan
o   Aktiviti dakwah dan perbincangan berkaitan agama islam juga berlangsung antara golongan pedagang islam dan penduduk
o   Faktor kedua yang mendorong kepada penyebaran agama islam ialah ciri-ciri istimewa yang ada dalam agama islam itu sendiri seperti konsep tiada paksaan dalam agama serta intipati ajaran islam yang bersifat sederhana ,toleransi adil rasional 


BUKTI PENYEBARAN ISLAM DITANAH MELAYU


·         Penemuan arkeologimenunjukkan bahawa agama islam telah tersebar di tanah melayu sejak zaman kerajaan awal tanah melayu
·         Sebuah batu bersurat bertulisan jawi telah ditemui dia Kuala Terengganu
·         Batu bersurat tersebut telah ditulis dalam bahasa melayu dengan menggunakan tulisan jawi bertarikhkan 702 hijrah
·         Antara yang tercatat di atas batu bersurat  tersebut adalah tentang  islam  sebagai agama rasmi dan hukum-hakam islam tentang  maksiat
·         Sebuah batu nisan yang ditemui di kg tanjung inggeris mukim langgar berhampiran Alor Setar ,Kedah
·         Bertarikh 904 masihi nama,Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah
·         Beliau merupakan tokoh agama yang telah menyebarkan ajaran agama islam disana.

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DITANAH MELAYU

v  Melaka menjadi pusat penyebaran agama islam pada pertengahan abad ke-15 bersama-sama Kedah,Kelantan,Terengganu,Pahang dan Johor
v  Agama islam tersebar di Melaka disebabkan perkahwinan ,penaklukan wilayah perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwah
v  Tun Perak sebagai bendahara Melaka yang berpengaruh memainkan peranan penting dalam penyebaran agama islam
v  Melaka berjaya meluaskan jajahan taklukannya
v  Masyarakat yang ditakluk mendapata keistimewaan daripada kerajaan Melaka serta mendorong mereka memeluk agama islam
v  Pengaruh islam di Melaka dapat dilihat dari pelbagi aspek seperti politik ekonomi dan sosial
v  Agama islam dijadikan sebagaikan agama rasmi dimelaka dan asas kepada sisitem pentadbiran Melaka
v  Selepas kedatangan islam mata wang dangan tulisan jawi digunakan dalam tulisan jawi digunakan dalam kegiatan ekonomi
v  Semasa pemerintahan Sultan Muzafar Shah tertera nama beliau pada mata wang
v  Kesan kedatangan islam di tanah melayu juga terkesan dari aspek pendidikan bahasa kesusasteraan
v  Penduduk tempatan digalakan menuntut ilmu dirumah ulama,masjid,surau
v  Sistem pendidikan pondok diamalkan secara meluas di Kedah,Kelantan,Terengganu Perlis dan Pattani bermula sejak abad ke12
v  Istana pula dijadikan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan

v  Yang terakhir amalan menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua,adab sopan adab berziarah dan semangat perpaduan antara anjuran islam dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu.

No comments:

Post a Comment