PENGENALAN SEJARAH DAN POLITIK
·
Rakyat
Malaysia pelbagai kaum, agama tapi hidup aman dan harmoni.
·
Kefahaman
dan hayatan mereka terhadap sejarah Negara dapat melahirkan rasa cinta terhadap
Negara.
·
Kita
harus menghargai perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu untuk dapatkan
kemerdekaan.
·
Bab
ini menjelaskan tentang latar belakang sejarah awal Negara, proses kemerdekaan
dan pembetukan Malaysia.
LATAR
BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
·
Sejarah
bermula sebelum era kesultanan melayu Melaka.
·
Pengkaji
sejarah menunjukkan kemunculan kesultanan melayu Melaka pada awal 1400m merupakan era permulaan sejarah masyarakat.
·
Pengkaji
arkeologi membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan awal di gugusan
kepulauan melayu.
·
Antara
kerajaan melayu awal di semenanjung tanah melayu ialah ;
a)
Kerajaan
Tun-Sun, Ko-Lo, Pan Pan Di Segenting Kra
b)
Kerajaan
Langkasuka Di Patani
c)
Kerajaan
Chih-Tu Di Kelantan
d)
Kerajaan
Tan-Tan Di Terengganu
e)
Kerajaan
Lo-Yueh Di Johor
f)
Kerajaan
Kedah Tua Di Kedah
g)
Kerajaan
Gangga Negara Di Perak
· Sumber
bertulis yang menerangkan sejarah melayu ialah SULATUS SALATIN yang
dikenali sebagai sejarah melayu atau hikayat melayu.
KESULTANAN
MELAYU MELAKA
·
Merupakan
institusi kesultanan melayu tertua dalam sejarah Malaysia.
·
Kajian
mendalam terhadap naskah melayu iaitu SULATUS SALATIN
·
Kebanyakan
sarjana sejarah mengatakan Melaka diasaskan oleh PARAMESWARA (putera raja
dari Palembang tahun 1400)
·
Parameswara
undur diri berhijrah ke temasik (singapura) semasa Melaka diserang majapahit.
·
Parameswara
melarikan diri bersama pengikutnya ke muar kerana tahu kerajaan ayudhya, siam
menjadi penaung temasik sedang membuat serangan balas.
·
Parameswara
dan pengikutnya lari ke sening ujong (sungai ujong) setelah mendapati muar tidk
sesuai dijadikan penempatan baharu.
·
Sampai
ke sebuah perkampungan nelayan di muara sungai bertam, Melaka.
·
Sejarah
nama Melaka :
-
Sebatang
pokok iaitu ‘malaka’
-
Peristiwa
pelanduk menendang dan kalahkan anjing perburuannya
-
Parameswara
yakin tempat itu membawa tuah dan sangat sesuai.
PEMERINTAHAN
·
Kesultanan melayu Melaka
dikenali sebagai kerajaan yang mempunyai system pentadbiran yang tersususun.
·
System pembesar utama yang
membantu sultan dalam mentadbir Melaka ialah system pembesar empat lipatan
terdiri daripada ;
Bendahara
-
Penasihat kanan raja
-
Pemangku raja dan bertindak
sebagai ketua hakim semasa ketiadaan raja
Penghulu bendahari
-
Mengawal perbendaharaan
Negara
-
Memungut hasil cukai dan
hasil negeri
-
Menyimpan daftar hamba raja
-
Ketua bagi semua syahbandar
Temenggung
-
Ketua dan perlaksanaan undang
undang
-
Ketua polis negara
-
Pendakwa bagi kesalahan
individu
-
Ketua protocol dalam urusan
adar istiadat
Laksamana
-
Ketua bagi semua pahlawan
terutama laut
-
Pikul pedang kerajaan dalam upacara
rasmi
-
Menjadi diplomat dan membawa
utusan kerajaan
SISTEM PEMERINTAHAN MELAKA
Melaka menggunakan
hukum kanun Melaka dan undang2 laut Melaka yang digubal berlandaskan undang
undang islam dalam pemerintahan negeri. Penguatkuasaan undang undang tersebut
Berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah Negara berdaulat, aman dan harmoni.
Hukum kanun
melaka
Undang undang
laut melaka
44 fasal yang meliputi
·
Bidang kuasa raja dan
pembesar ·
Pantang larang dalam kalangan
masyarakat
·
Hukuman terhadap pesalah
jenayah awam.
·
Peraturan rasmi di istana.
·
Adat atau cara menyambut
utusan dan undang undang keluarga.
Tatacara pelayaran yang merangkumi :
·
Tugas dan tanggungjawab
pengawal kapal.
·
Atur cara pelayaran.
·
Perniagaan
·
Tugas nakhoda kapal
·
Hukuman terhadap kesalahan
jenayah.
Ø Melaka berjaya meluaskan empayar sehingga semenanjung tanah melayu
dan sumatera ketika berada di bwh pemerintahan sultan Mansur.
Ø Pahang, Kelantan, Terengganu merupakan negeri taklukan Melaka di
semenanjung tanah melayu.
Ø Kedah dan perak negeri yang meminta perlindungan dari Melaka.
Ø Jadikan perak dan kedah negeri naungan Melaka di semenanjung.
PERDAGANGAN
- Rapat
dengan china untuk melindungi daripada ancaman siam
- Kedudukan
geografi selat Melaka yang strategik jadi pusat tumpuan pedagang luar.
- Zaman
kesultanan melayu Melaka merupakan zaman keagungan dan keemasan kerajaan
melayu ‘The Venice Of
The East’
- Melaka
kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian seperti emas dan biji
timah.
KEJATUHAN MELAKA
Runtuh semasa
pemerintahan sultan Mahmud shah setelah Melaka diserang portugis (1511)
Alfonso de
Albuquerque (ketua tentera portugis)
Sultan Mahmud
shah lari ke muar, pahang dan bintan.
Kelemahan Pemimpin
1)
Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih
oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi
Kelemahan Askar Melaka
-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa,
India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri
-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap
Kedatangan portugis
- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah
kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira
menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah
dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang
nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang
membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan
terpaksa berlayar meninggalkan mereka
- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis
di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah
mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan
1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India
Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511
dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru
- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.
Masalah perpaduan
Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim
dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan
WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Johor
Selepas Melaka diserag Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah
dan anaknya, Sultan Ahad Shah bersama sama pngikut mereka telah melairkan diri
ke Ujong Tanah (dikenali sebagai Johor). Mereka membuat perancangan untuk
menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh
Portugis. Kemudian mereka berundur ke Pahang dan akhirnya behijrah ke Bentan.
Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah, Sultan Mahmud Syah melantik puteranya
sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.
Selepas Raja Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah)
dilahirkan Raja Ali telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan
Muda' atas permainan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.
Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai
Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzzafar Syah.
Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan
kemudiannya beundur ke Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh
Portugis pada tahun 1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di
sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud
Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke
Pahang dah mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda
berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu,
Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.
Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur
serangan untuk menawan semula semula Melaka tetapi gagal. Serangan terbesar
gabungan tentera Johor, Perak, Pahang dan Japara (Jawa) juga gagal meruntuhkan
kubu Portugis. Pada tahun 1641, Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada
jajahan Portugis dengan bantuan Belanda . Namun, Melaka jatuh ke tangan
pemerintah Belanda disebabkan tipu daya Belanda.
Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga
bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 -
1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan
diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat
Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur
Perak
Raja Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan,
Puteri Onang Kening) membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada
menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan
daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku
pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh
Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh
Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka
penempatan baharu di Panchur
Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun
1528. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan
Perak yang pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim
menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya
Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa
pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak
kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
yang berpengaruh di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang
sebagai pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai
Perak. Adat istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.
Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun,
sistem perwarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem
Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem
giliran dan bukan secara turun temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga
keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan
Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila
sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantinkan sultan yang mangkat,
sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi
sultan. Namun, pembesar negeri Perak mempunyai kuasa untuk menentukan calon
sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.
Pahang
Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan
Melayu Melaka. Mardiana Nordin (2014) menyatakan bahawa dalam buku Sulalatus
Salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya, iaitu
Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu
anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini terjadi
apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar
kawasan Tun Besar bermain. Di Pahang, Raja Muhammad ditabalkan menjadi Sultan
Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470
Pada tahun 1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah
dibunuh. Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh menyerang
Pahang pada tahun 1617, Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus
menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang Perlantikan
Raja Bujang sebagai pemerintahan Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya
pemerintahan bagi keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang ialah puteri Sultan
Alauddin (Johor). Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang
ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan
Kesulatanan Johor-Riau yang meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga
merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud
Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor
dan Pahang.
Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh
keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada Bendahara
Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Daripada
keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah
diasaskan.
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
BARU
Kerajaan Johor warisan dari Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai
sebuah kerajaan yang unggul selepas kejatuhan kuasan Portugis di Melaka .
Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul . Namun begitu ,
kegemilaangan Kerajaan Johor Lama berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud
ketika dijulang ke masjid pada tahun 1699 . Wujud pula Kerajaan Negeri Sembilan
Darul Khusus , Kelantan Darul Naim dan Terengganu Darul Iman selain dari
Kerajaan Johor . Disamping itu , kegiatan dan campur tangan Bugis di Semenanjung
Tanah Melayu di sekitar tahun-tahun 1720-an mewujudkan kerajaan baru di Johor ,
Perak , Kedah dan Selangor .
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Kebanyakan penduduk Negeri Sembilan adalah orang Minangkabau yang
berasal dari Pagar Ruyung , Sumatra . Pada awal abad ke 16 petempatan orang
Minangkabau wujud di Naning , Sungai Ujong dan Rembau . Sumber-sumber sejarah
mencatatkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1677 .
Orang Minangkabau telah menjemput Raja Ibrahim iaitu anak Raja Pagar Ruyung
untuk dijadikan raja mereka di Negeri Sembilan . Namun begitu , hasrat mereka
untuk mewujudkan sebuah kerajaan gagal kerana Raja Ibrahim mati terbunuh pada
tahun 1678 di Rembau . Sehubungan dengan itu , tempat Raja Ibrahim digantikan
dengan Raja Kesah yang juga dari Pagar Ruyung . Namun begitu , beliau tidak
layak menjadi raja . Sumber sejarah yang lain pula mengatakan , Kerajaan Negeri
Sembilan ini telah diasaskan oleh Raja Melawar yang juga dari Pagar Ruyong pada tahun 1733 . Raja Khatib dari Siak telah
dahulu tiba Negeri Sembilan sebelum ketibaan Raja Melawar lagi . Raja Khatib
cuba mendapatkan pengaruh di Negeri Sembilan . Raja Khatib membuat percubaan
untuk merampas kuasa dengan bantuan Penghulu Naam dari Ulu Muar tetapi gagal .
Mengikut sumber sejarah yang dicatatkan oleh Belanda menyatakan bahawa Raja
Melawar sudah terkenal sejak tahun 1720-an . Pada tahun 1772 , Raja Kecil yang
telah diusir oleh kerajaan Johor telah meminta bantuan daripada Raja Melawar .
Namun begitu , permintaan beliau tidak dilayan oleh Raja Melawar . Sebaliknya ,
pada tahun 1727 Raja Kecil mengutuskan Raja Khatib ke Negeri Sembilan . Hal ini
bertujuan untuk menggulingkan Raja Melawar yang memerintah Rembau dan menguasai
Rembau . Raja Khatib Berjaya menguasai Rembau dan cuba meluaskan kuasanya ke
Naning .
Pada ketika itu , Naning berasa di bawah jajahan Belanda . Pada
tahun 1728 pula , Raja Khatib telah ditangkap oleh pihak Belanda seterusnya
menghantarnya ke Siak .Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Sembilan terbentuk
pada ketika ini adalah kerana orang Minangkabau berhasrat untuk menyaingi kuasa
Bugis yang bertapak di Johor . Tambahan pula , dalam perjanjian antara Gabenor
Belanda di Melaka dengan ketua kaum Bugis , Daing Kemboja , Raja Tua Klang dan
Ketua Orang Minangkabau pada tahun 1759 , tercatat akan kepentingan Rembau
sebagai Pusat Kerajaan Negeri Sembilan . Sehubungan dengan itu , Raja Melawar
telah ditabalkan di Penajis , Rembau sebagai yang Dipertuan Besar yang pertama
. Rembau juga menjadi pusat Kerajaan Negeri Sembilan dan dikenali sebagai tanah
kerajaan dan kediaman diraja dipindahkan ke Seri Menanti yang juga dikenali
sebagai Tanah Mengandung .
SISTEM PEMERINTAHAN
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan
satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih
. Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan adalah berteraskan adat ini .
Ketua Kerajaan Negeri Sembilan adalah Yang Dipertuan Besar . Baginda dilantik
oleh empat orang Pembesar Negeri yang bergelar Undang dan juga Tengku Besar
Tampin . Undang adalah ketua Luak atau Daerah . Empat orang Undang yang
berkuasa melantik Yang Dipertuan Besar ialah yang pertama Undang Johol , yang
kedua Undang Jelebu , yang ketiga Undang Rembau dan yang keempat Undang Sungai
Ujong .
KERAJAAN TERENGGANU
Pada tahun 1726 ,
kerajaan Negeri Terengganu telah ditubuhkan dan Sultan Zainal Abidin adalah
sultan Terengganu yang pertama . Baginda adalah adinda kepada Sultan Abdul
Jalil , bekas bendahara yang menjadi sultan Johor . Sultan Abdul Jalil telah
berpinda ke Terengganu setelah melarikan diri dari Johor dan berpindah pula ke
Kuala Pahang . Sumber sejarah ada mengatakan Sultan Zainal Abidin telah
dilantik oleh Raja Terengganu tetapi ada juga sumber mengatakan bahawa beliau
telah dilantik menjadi pemerintah Negeri Terengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul
Alam Syah iaitu Putera Sultan Abdul Jalil .Sistem pentadbiran Negeri Terengganu
sama dengan pentadbiran Negeri Johor iaitu mufti dan kadi merupakan pembesar
yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu dengan
memberi nasihat berkaitan keagamaan . Seterusnya , zaman kegemilangan negeri
ini bermula pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dari tahun 1741 hingga
1793 .
KERAJAAN KELANTAN
Kerajaan ini pula
wujud pada tahun 1764 . Sultan Kelantan yang pertama adalah Long Yunus dan
beliau telah dilantik oleh Sultan Mansur Syah dari Terengganu kerana beliau
telah membantu Sultan Terengganu mendamaikan huru hara di Kelantan . Long Yunus
tidak menggunakan gelaran “Sultan” ketika baginda memerintah Kelantan . Sultan
Kelantan dan rakyat baginda merupakan penganut agama Islam yang taat pada masa
itu . Hsieh Ch’ing Kao yang telah melawat Kelantan mengatakan pengaruh agama
Islam sangat kuat di negeri itu . Setelah Long Yunus mangkat , tempat baginda
digantikan oleh menantunya iaitu Tengku Muhammad . Hal ini menimbulkan rasa
tidak puas hati Long Muhammad iaitu putera Long Yunus dan ini mengakibatkan
negeri itu huru-hara . Lomg Muhammad telah merampas kuasa dan mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan Kelantan dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad 1 .
Hubungan Antara Kelantan dan Terengganu menjadi renggang kerana Tengku Muhammad
adalah putera Sultan Terengganu . Oleh itu , Sultan Muhammad 1 telah mengadakan
hubungan baik dengan kerajaan Siam bagi mengukuhkan kuasa baginda . Hubungan
baik antara Siam dengan Kelantan menyebabkan Siam campur tangan dalam hal ehwal
kerajaan Kelantan dan seterusnya pentadbiran negeri itu diambil alih oleh Inggeris
selepas Siam dan Inggeris menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 .
KERAJAAN SELANGOR
Kerajaan Selangor
merupakan kerajaan terakhir yang wujud pada abad ke 18 . Bermula pada tahun
1766 dengan pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama . Baginda
telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud di Kota Lumut dengan memakai gelaran Sultan
Salehuddin Syah . Selepas pertabalan tersebut , Sultan Salehuddin Syah mengamalkan
dasar luar yang agresif . Baginda ingin berbaik baik dengan orang Bugis di
Selangor . Oleh kerana itu baginda mengadakan hubungan yang baik dengan
kerajaan Perak . Sistem pentadbiran Negeri Selangor masih memakai sistem
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Johor . Beberapa jawatan masih
dikekalkan dalam sistem pentadbiran negeri itu . Antaranya ialah : Dato’
Menteri , Dato’ Naga , Datuk Engku Kelang . Jawatan-jawatan pembesar Selangor
yang telah diwujudkan oleh Sultan Salehudden adalah : Datuk Maharajalela ,
Datuk Panglima Dalam , Datuk Penggawa Tua , Tengku Panglima Besar dan Datuk
Kaya Kecil Kelang . Ketika puak Bugis menguasai Selangor , mereka membina pusat
pentadbirannya di Kuala Selangor . Sebelum dikuasai Bugis , Sungai Bernam di
bawah kuasa Kerajaan Perak . Perluasan pengaruh Bugis meliputi Jeram , Klang ,
Langat , Lukut dan Sungai Raya . Pada 1777 , Sultan Salehuddin mangkat dan Raja
Ibrahim telah dilantik sebagai Sultan Selangor yang kedua dengan gelaran Sultan
Ibrahim Syah .
·
Sejarah
bermula sebelum era kesultanan melayu Melaka.
·
Pengkaji
sejarah menunjukkan kemunculan kesultanan melayu Melaka pada awal 1400m merupakan era permulaan sejarah masyarakat.
·
Pengkaji
arkeologi membuktikan munculnya beberapa buah kerajaan awal di gugusan
kepulauan melayu.
·
Antara
kerajaan melayu awal di semenanjung tanah melayu ialah ;
a)
Kerajaan
Tun-Sun, Ko-Lo, Pan Pan Di Segenting Kra
b)
Kerajaan
Langkasuka Di Patani
c)
Kerajaan
Chih-Tu Di Kelantan
d)
Kerajaan
Tan-Tan Di Terengganu
e)
Kerajaan
Lo-Yueh Di Johor
f)
Kerajaan
Kedah Tua Di Kedah
g)
Kerajaan
Gangga Negara Di Perak
· Sumber
bertulis yang menerangkan sejarah melayu ialah SULATUS SALATIN yang
dikenali sebagai sejarah melayu atau hikayat melayu.
KESULTANAN
MELAYU MELAKA
·
Merupakan
institusi kesultanan melayu tertua dalam sejarah Malaysia.
·
Kajian
mendalam terhadap naskah melayu iaitu SULATUS SALATIN
·
Kebanyakan
sarjana sejarah mengatakan Melaka diasaskan oleh PARAMESWARA (putera raja
dari Palembang tahun 1400)
·
Parameswara
undur diri berhijrah ke temasik (singapura) semasa Melaka diserang majapahit.
·
Parameswara
melarikan diri bersama pengikutnya ke muar kerana tahu kerajaan ayudhya, siam
menjadi penaung temasik sedang membuat serangan balas.
·
Parameswara
dan pengikutnya lari ke sening ujong (sungai ujong) setelah mendapati muar tidk
sesuai dijadikan penempatan baharu.
·
Sampai
ke sebuah perkampungan nelayan di muara sungai bertam, Melaka.
·
Sejarah
nama Melaka :
-
Sebatang
pokok iaitu ‘malaka’
-
Peristiwa
pelanduk menendang dan kalahkan anjing perburuannya
-
Parameswara
yakin tempat itu membawa tuah dan sangat sesuai.
PEMERINTAHAN
·
Kesultanan melayu Melaka
dikenali sebagai kerajaan yang mempunyai system pentadbiran yang tersususun.
·
System pembesar utama yang
membantu sultan dalam mentadbir Melaka ialah system pembesar empat lipatan
terdiri daripada ;
Bendahara
|
-
Penasihat kanan raja
-
Pemangku raja dan bertindak
sebagai ketua hakim semasa ketiadaan raja
|
Penghulu bendahari
|
-
Mengawal perbendaharaan
Negara
-
Memungut hasil cukai dan
hasil negeri
-
Menyimpan daftar hamba raja
-
Ketua bagi semua syahbandar
|
Temenggung
|
-
Ketua dan perlaksanaan undang
undang
-
Ketua polis negara
-
Pendakwa bagi kesalahan
individu
-
Ketua protocol dalam urusan
adar istiadat
|
Laksamana
|
-
Ketua bagi semua pahlawan
terutama laut
-
Pikul pedang kerajaan dalam upacara
rasmi
-
Menjadi diplomat dan membawa
utusan kerajaan
|
SISTEM PEMERINTAHAN MELAKA
Melaka menggunakan
hukum kanun Melaka dan undang2 laut Melaka yang digubal berlandaskan undang
undang islam dalam pemerintahan negeri. Penguatkuasaan undang undang tersebut
Berjaya menjadikan Melaka sebagai sebuah Negara berdaulat, aman dan harmoni.
Hukum kanun
melaka
|
Undang undang
laut melaka
|
44 fasal yang meliputi
·
Bidang kuasa raja dan
pembesar ·
Pantang larang dalam kalangan
masyarakat
·
Hukuman terhadap pesalah
jenayah awam.
·
Peraturan rasmi di istana.
·
Adat atau cara menyambut
utusan dan undang undang keluarga.
|
Tatacara pelayaran yang merangkumi :
·
Tugas dan tanggungjawab
pengawal kapal.
·
Atur cara pelayaran.
·
Perniagaan
·
Tugas nakhoda kapal
·
Hukuman terhadap kesalahan
jenayah.
|
Ø Melaka berjaya meluaskan empayar sehingga semenanjung tanah melayu
dan sumatera ketika berada di bwh pemerintahan sultan Mansur.
Ø Pahang, Kelantan, Terengganu merupakan negeri taklukan Melaka di
semenanjung tanah melayu.
Ø Kedah dan perak negeri yang meminta perlindungan dari Melaka.
Ø Jadikan perak dan kedah negeri naungan Melaka di semenanjung.
PERDAGANGAN
- Rapat dengan china untuk melindungi daripada ancaman siam
- Kedudukan geografi selat Melaka yang strategik jadi pusat tumpuan pedagang luar.
- Zaman kesultanan melayu Melaka merupakan zaman keagungan dan keemasan kerajaan melayu ‘The Venice Of The East’
- Melaka kaya dengan sumber asli seperti hasil hutan dan sumber galian seperti emas dan biji timah.
KEJATUHAN MELAKA
Runtuh semasa
pemerintahan sultan Mahmud shah setelah Melaka diserang portugis (1511)
Alfonso de
Albuquerque (ketua tentera portugis)
Sultan Mahmud
shah lari ke muar, pahang dan bintan.
Kelemahan Pemimpin
1)
Kematian Tun Perak
Selepas kematian Tun Perak, jawatan Bendahara telah diambil alih
oleh Tun Mutahir yang berketurunan India Muslim
2) Kelemahan Pentadbiran Tun Mutahir
-Bersikap pilih kasih sehingga timbul perasaan iri hati
-Difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan
-Dijatuhkan hukuman bunuh oleh sultan
3) Kelalaian Pemerintahan Sultan Mahmud
-Melantik Raja Ahmad Shah yang tidak cekap dan lemah
-Melantik Tun Pepatih Putih yang uzur dan tepok sebagai Bendahara
-Amalan rasuah dan fitnah berleluasa
-Kadar Cukai yang tinggi
Kelemahan Askar Melaka
-Askar Portugis lebih terlatih
-Askar Portugis mendapat sokongan dari pangkalan Tentera di Goa,
India
-Angkatan Perang Melaka tidak mempunyai struktur yang lengkap
-Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri
-Senjata Portugis yang lebih moden dan lengkap
Kedatangan portugis
- Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah
kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira
- Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira
menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah
dari Raja Portugis kepada Sultan
- Pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang
nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang
membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan
terpaksa berlayar meninggalkan mereka
- Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis
di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah
mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan
1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India
Malabar, lalu menuju ke Melaka.
- Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511
dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru
- Akhirnya Melaka ditawan secara rasminya pada 24 Ogos 1511 dan
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri ke Kampar dan Mangkat di sana.
Masalah perpaduan
Persaingan antara orang Melayu Muslim dengan orang India Muslim
dalam mendapatkan pengaruh
Perebutan pengaruh antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir
Raja Mendeliar menuduh Tun Mutahir ingin mengatasi kekayaan sultan
WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Johor
Selepas Melaka diserag Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Syah
dan anaknya, Sultan Ahad Shah bersama sama pngikut mereka telah melairkan diri
ke Ujong Tanah (dikenali sebagai Johor). Mereka membuat perancangan untuk
menawan semula Melaka tetapi perancangan tersebut telah diketahui oleh
Portugis. Kemudian mereka berundur ke Pahang dan akhirnya behijrah ke Bentan.
Setelah kemangkatan Sultan Ahmad Syah, Sultan Mahmud Syah melantik puteranya
sebagai pengganti baginda dan digelar Raja Muda.
Selepas Raja Ali (putera Sultan Mahmud bersama Raja Fatimah)
dilahirkan Raja Ali telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud Syah sebagai 'Sultan
Muda' atas permainan Raja Fatimah. Kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas.
Sultan Muzaffar yang disingkirkan membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai
Sultan Perak dengan gelaran Sultan Muzzafar Syah.
Sultan Mahmud Syah bersemayam di Bentan hampir 13 tahun dan
kemudiannya beundur ke Kampar, Sumatera Indonesia apabila Bentan diserang oleh
Portugis pada tahun 1526. Baginda menerajui pemerintahan Kampar dan mangkat di
sana pada tahun 1528. Raja Ali pula ditabalkan sebagai penggantin Sultan Mahmud
Syah dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Kemudian, baginda berpindah ke
Pahang dah mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri Kesuma Dewi. Baginda
berpindah ke Johor dan membuka penempatan tetap di Hujung Tanah. Dengan itu,
Sultan Alauddin Riayat Syah disebut sebagai Sultan Johor yang pertama.
Waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor telah beberapa kali mengatur
serangan untuk menawan semula semula Melaka tetapi gagal. Serangan terbesar
gabungan tentera Johor, Perak, Pahang dan Japara (Jawa) juga gagal meruntuhkan
kubu Portugis. Pada tahun 1641, Johor telah berjaya membebaskan Melaka daripada
jajahan Portugis dengan bantuan Belanda . Namun, Melaka jatuh ke tangan
pemerintah Belanda disebabkan tipu daya Belanda.
Perubahan daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga
bendahara belaku pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 -
1699) dibunuh oleh Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan
diambil alih oleh Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat
Syah IV dan membuka penempatan baharu di Panchur
Perak
Raja Muzzafar (putera Sultan Mahmud Syah bersama puteri Kelantan,
Puteri Onang Kening) membawa diri ke Perak setelah disingkirkan daripada
menjadi Sultan Johor oleh Raja Ali. Baginda ditabalkan menjadi Sultan Perubahan
daipada pewarisan Kesultanan Melayu Melaka kepada keluarga bendahara belaku
pada tahun 1699, iaitu apabila Sultan Mahmud Syah II (1685 - 1699) dibunuh oleh
Laksamana Megat Sri Rama. Kemudian, tampuk pemerintahan diambil alih oleh
Bendahara Tun Abdul Jalil sebagai Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dan membuka
penempatan baharu di Panchur
Perak yang pertama dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah 1 pada tahun
1528. Ada juga pandangan yang menyatakan bahawa Sultan Muzaffar menjadi Sultan
Perak yang pertama selepas Tun Saban, Pembesar Negeri Perak dan Nakhoda Kassim
menghadap Sultan Mahmud Syah di Kampar untuk meminta kebenaran baginda supaya
Sultan Muzaffar menjadi pemimpin di Perak. Pembesar Perak berpendapat bahawa
pemimpin daripada waris Kesultanan Melayu Melaka mampu memajukan negeri Perak
kerana kebesaran, kewibawaan dan struktur pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
yang berpengaruh di Tanah Melayu. Sultan Muzzafar menjadikan Tanah Abang
sebagai pusat pemerintahan. Tanah Abang terletak 80 kilometer dari muara Sungai
Perak. Adat istiadat Melaka dan budaya Melayu dihidupkan semula di Tanah Abang.
Perak mewarisi sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Namun,
sistem perwarisan takhta kerajaan Perak berbeza sedikit dengan sistem
Kesultanan Melayu Melaka. Sistem pewarisan takhta Perak menggunakan sistem
giliran dan bukan secara turun temurun. Sistem giliran ini membolehkan tiga
keluarga iaitu keluarga Y.A.M Raja Bendahara Alang Iskandar Shah, Paduka Seri
Sultan Yusuf Sharifuddin Muzaffar Shah Ghafirullah dan Paduka Seri Sultan
Abdullah Muhammad Shah II berkongsi hak untuk menaiki takhta kerajaan. Apabila
sultan tidak dilantik secara automatik bagi menggantinkan sultan yang mangkat,
sebaliknya mesti memegang beberapa jawatan Raja Bergelar sebelum menjadi
sultan. Namun, pembesar negeri Perak mempunyai kuasa untuk menentukan calon
sultan tanpa mengikut giliran yang ditetapkan.
Pahang
Pemerintah negeri Pahang mempunyai perkaitan dengan Kesultanan
Melayu Melaka. Mardiana Nordin (2014) menyatakan bahawa dalam buku Sulalatus
Salatin ada diceritakan bahawa Sultan Mansur Syah menghantar anaknya, iaitu
Raja Muhammad ke Pahang sebagai hukuman kerana telah membunuh Tun Besar iaitu
anak kepada Tun Perak yang merupakan Bendahara Melaka. Pembunuhan ini terjadi
apabila bola sepak raga yang disepak oleh Tun Besar telah terkena dastar
kawasan Tun Besar bermain. Di Pahang, Raja Muhammad ditabalkan menjadi Sultan
Pahang yang pertama dengan gelaran Sultan Muhammad Shah pada tahun 1470
Pada tahun 1614, Sultan Abdul Ghafur dan Raja Muda Abdullah telah
dibunuh. Sultan Ahmad dilantik sebagai Sultan Pahang. Apabila Acheh menyerang
Pahang pada tahun 1617, Sultan Ahmad dan keluarganya di bawa ke Acheh sekaligus
menamatkan pemerintahan zuriat Sultan Melaka secara langsung di Pahang Perlantikan
Raja Bujang sebagai pemerintahan Pahang pada tahun 1615 menandakan bermulanya
pemerintahan bagi keturunan Melaka-Johor. Raja Bujang ialah puteri Sultan
Alauddin (Johor). Negeri Pahang dan Johor telah disatukan apabila Raja Bujang
ditabalkan sebagai Sultan Johor pada tahun 1637 dan meneruskan pemerintahan
Kesulatanan Johor-Riau yang meliputi Singapura, Pahang, Riau dan LIngga juga
merupakan warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kemangkatan Sultan Mahmud
Syah II menamatkan pemerintahan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka di Johor
dan Pahang.
Seterusnya, tampuk pemerintahan negeri Pahang diambil alih oleh
keluarga Bendahara dimulai dengan Tun Abdul Jalil, iaitu anak kepada Bendahara
Tun Abdul Majid dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV. Daripada
keturunan Tun Abdul Majid inilah, Kesultanan Pahang yang baharu telah
diasaskan.
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
BARU
Kerajaan Johor warisan dari Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai
sebuah kerajaan yang unggul selepas kejatuhan kuasan Portugis di Melaka .
Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul . Namun begitu ,
kegemilaangan Kerajaan Johor Lama berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud
ketika dijulang ke masjid pada tahun 1699 . Wujud pula Kerajaan Negeri Sembilan
Darul Khusus , Kelantan Darul Naim dan Terengganu Darul Iman selain dari
Kerajaan Johor . Disamping itu , kegiatan dan campur tangan Bugis di Semenanjung
Tanah Melayu di sekitar tahun-tahun 1720-an mewujudkan kerajaan baru di Johor ,
Perak , Kedah dan Selangor .
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Kebanyakan penduduk Negeri Sembilan adalah orang Minangkabau yang
berasal dari Pagar Ruyung , Sumatra . Pada awal abad ke 16 petempatan orang
Minangkabau wujud di Naning , Sungai Ujong dan Rembau . Sumber-sumber sejarah
mencatatkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1677 .
Orang Minangkabau telah menjemput Raja Ibrahim iaitu anak Raja Pagar Ruyung
untuk dijadikan raja mereka di Negeri Sembilan . Namun begitu , hasrat mereka
untuk mewujudkan sebuah kerajaan gagal kerana Raja Ibrahim mati terbunuh pada
tahun 1678 di Rembau . Sehubungan dengan itu , tempat Raja Ibrahim digantikan
dengan Raja Kesah yang juga dari Pagar Ruyung . Namun begitu , beliau tidak
layak menjadi raja . Sumber sejarah yang lain pula mengatakan , Kerajaan Negeri
Sembilan ini telah diasaskan oleh Raja Melawar yang juga dari Pagar Ruyong pada tahun 1733 . Raja Khatib dari Siak telah
dahulu tiba Negeri Sembilan sebelum ketibaan Raja Melawar lagi . Raja Khatib
cuba mendapatkan pengaruh di Negeri Sembilan . Raja Khatib membuat percubaan
untuk merampas kuasa dengan bantuan Penghulu Naam dari Ulu Muar tetapi gagal .
Mengikut sumber sejarah yang dicatatkan oleh Belanda menyatakan bahawa Raja
Melawar sudah terkenal sejak tahun 1720-an . Pada tahun 1772 , Raja Kecil yang
telah diusir oleh kerajaan Johor telah meminta bantuan daripada Raja Melawar .
Namun begitu , permintaan beliau tidak dilayan oleh Raja Melawar . Sebaliknya ,
pada tahun 1727 Raja Kecil mengutuskan Raja Khatib ke Negeri Sembilan . Hal ini
bertujuan untuk menggulingkan Raja Melawar yang memerintah Rembau dan menguasai
Rembau . Raja Khatib Berjaya menguasai Rembau dan cuba meluaskan kuasanya ke
Naning .
Pada ketika itu , Naning berasa di bawah jajahan Belanda . Pada
tahun 1728 pula , Raja Khatib telah ditangkap oleh pihak Belanda seterusnya
menghantarnya ke Siak .Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Sembilan terbentuk
pada ketika ini adalah kerana orang Minangkabau berhasrat untuk menyaingi kuasa
Bugis yang bertapak di Johor . Tambahan pula , dalam perjanjian antara Gabenor
Belanda di Melaka dengan ketua kaum Bugis , Daing Kemboja , Raja Tua Klang dan
Ketua Orang Minangkabau pada tahun 1759 , tercatat akan kepentingan Rembau
sebagai Pusat Kerajaan Negeri Sembilan . Sehubungan dengan itu , Raja Melawar
telah ditabalkan di Penajis , Rembau sebagai yang Dipertuan Besar yang pertama
. Rembau juga menjadi pusat Kerajaan Negeri Sembilan dan dikenali sebagai tanah
kerajaan dan kediaman diraja dipindahkan ke Seri Menanti yang juga dikenali
sebagai Tanah Mengandung .
SISTEM PEMERINTAHAN
KERAJAAN NEGERI SEMBILAN
Negeri Sembilan
satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih
. Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan adalah berteraskan adat ini .
Ketua Kerajaan Negeri Sembilan adalah Yang Dipertuan Besar . Baginda dilantik
oleh empat orang Pembesar Negeri yang bergelar Undang dan juga Tengku Besar
Tampin . Undang adalah ketua Luak atau Daerah . Empat orang Undang yang
berkuasa melantik Yang Dipertuan Besar ialah yang pertama Undang Johol , yang
kedua Undang Jelebu , yang ketiga Undang Rembau dan yang keempat Undang Sungai
Ujong .
KERAJAAN TERENGGANU
Pada tahun 1726 ,
kerajaan Negeri Terengganu telah ditubuhkan dan Sultan Zainal Abidin adalah
sultan Terengganu yang pertama . Baginda adalah adinda kepada Sultan Abdul
Jalil , bekas bendahara yang menjadi sultan Johor . Sultan Abdul Jalil telah
berpinda ke Terengganu setelah melarikan diri dari Johor dan berpindah pula ke
Kuala Pahang . Sumber sejarah ada mengatakan Sultan Zainal Abidin telah
dilantik oleh Raja Terengganu tetapi ada juga sumber mengatakan bahawa beliau
telah dilantik menjadi pemerintah Negeri Terengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul
Alam Syah iaitu Putera Sultan Abdul Jalil .Sistem pentadbiran Negeri Terengganu
sama dengan pentadbiran Negeri Johor iaitu mufti dan kadi merupakan pembesar
yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu dengan
memberi nasihat berkaitan keagamaan . Seterusnya , zaman kegemilangan negeri
ini bermula pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dari tahun 1741 hingga
1793 .
KERAJAAN KELANTAN
Kerajaan ini pula
wujud pada tahun 1764 . Sultan Kelantan yang pertama adalah Long Yunus dan
beliau telah dilantik oleh Sultan Mansur Syah dari Terengganu kerana beliau
telah membantu Sultan Terengganu mendamaikan huru hara di Kelantan . Long Yunus
tidak menggunakan gelaran “Sultan” ketika baginda memerintah Kelantan . Sultan
Kelantan dan rakyat baginda merupakan penganut agama Islam yang taat pada masa
itu . Hsieh Ch’ing Kao yang telah melawat Kelantan mengatakan pengaruh agama
Islam sangat kuat di negeri itu . Setelah Long Yunus mangkat , tempat baginda
digantikan oleh menantunya iaitu Tengku Muhammad . Hal ini menimbulkan rasa
tidak puas hati Long Muhammad iaitu putera Long Yunus dan ini mengakibatkan
negeri itu huru-hara . Lomg Muhammad telah merampas kuasa dan mengisytiharkan
dirinya sebagai sultan Kelantan dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad 1 .
Hubungan Antara Kelantan dan Terengganu menjadi renggang kerana Tengku Muhammad
adalah putera Sultan Terengganu . Oleh itu , Sultan Muhammad 1 telah mengadakan
hubungan baik dengan kerajaan Siam bagi mengukuhkan kuasa baginda . Hubungan
baik antara Siam dengan Kelantan menyebabkan Siam campur tangan dalam hal ehwal
kerajaan Kelantan dan seterusnya pentadbiran negeri itu diambil alih oleh Inggeris
selepas Siam dan Inggeris menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 .
KERAJAAN SELANGOR
Kerajaan Selangor
merupakan kerajaan terakhir yang wujud pada abad ke 18 . Bermula pada tahun
1766 dengan pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama . Baginda
telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud di Kota Lumut dengan memakai gelaran Sultan
Salehuddin Syah . Selepas pertabalan tersebut , Sultan Salehuddin Syah mengamalkan
dasar luar yang agresif . Baginda ingin berbaik baik dengan orang Bugis di
Selangor . Oleh kerana itu baginda mengadakan hubungan yang baik dengan
kerajaan Perak . Sistem pentadbiran Negeri Selangor masih memakai sistem
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Johor . Beberapa jawatan masih
dikekalkan dalam sistem pentadbiran negeri itu . Antaranya ialah : Dato’
Menteri , Dato’ Naga , Datuk Engku Kelang . Jawatan-jawatan pembesar Selangor
yang telah diwujudkan oleh Sultan Salehudden adalah : Datuk Maharajalela ,
Datuk Panglima Dalam , Datuk Penggawa Tua , Tengku Panglima Besar dan Datuk
Kaya Kecil Kelang . Ketika puak Bugis menguasai Selangor , mereka membina pusat
pentadbirannya di Kuala Selangor . Sebelum dikuasai Bugis , Sungai Bernam di
bawah kuasa Kerajaan Perak . Perluasan pengaruh Bugis meliputi Jeram , Klang ,
Langat , Lukut dan Sungai Raya . Pada 1777 , Sultan Salehuddin mangkat dan Raja
Ibrahim telah dilantik sebagai Sultan Selangor yang kedua dengan gelaran Sultan
Ibrahim Syah .
|
No comments:
Post a Comment